iLmU SpAtIaL

sAvE OuR eArTh

Jenayah


Jenayah merupakan satu perkataan yang lazim di dengar dalam kalangan masyarakat tetapi sukar didefinisikan dengan tepat. Pengertian jenuayah dari segi bahasa bermaksud mana-mana pelakuan jahat dan berdosa. Dalam penguggunaan harian, jenayah merujuk kepada sesuatu perlakuan buruk atau perlakuan yang di larang atau yang dianggap salah (L.B. Curzon 1973)
          Sir William Blackstone pula mendifinisikan jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan yang mengancam undang-undang awam. Ataupun pencerobohan undang-undang awam yang perlu ditunaikan kepada masyarakat. Manakala, menurut nizam 1969 yang mengatakan jenayah ialah perbuatan ataupun perlakuan yang melanggar undang-undang sama ada dilarang atau disuruh terhadap sesuatu perbuatan, ia boleh berubah-ubah kerana sesuatu perbuatan yang dianggap bersalah atau tidak bermoral mungkin tidak lagi dianggap tidak bermoral pada masa yang lain.