iLmU SpAtIaL

sAvE OuR eArTh

Wednesday 14 March 2012

Sistem Maklumat Geografi:

Secara umumnya Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem maklumat yang di guna pada data geografi yang mempunyai rujukan bumi atau sistem koordinat tertentu. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai difinisi telah diberikan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu yang dimana bergantung kepada pemahaman mereka berhubungan cara Sistem Maklumat Geografi ini digunakan. Setiap pengarang dan penulis khususnya dalam bidang geografi yang berkaitan dengan aplikasi gis mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan Sistem Maklumat Geografi. Hasilnya, berbagai difinisi yang timbul atau di bentuk mengikut bidang tertentu seperti aspek teknologi, organisasi atau institusi sahaja (Ruslan Rainis & Noresah, 1998). Oleh itu, secara ringkasnya Sistem Maklumat Geografi (GIS), adalah satu sistem yang boleh digunakan untuk membuat olahan terhadap perwakilan bentuk muka yang terdapat dalam peta seperti titik, garisan dan poligon.